Ini ada satu pengumuman penting! Perhatian kepada semua yang sudah pun bersedia, bercadang dan berkeinginan untuk turut serta dalam BISIKS yang membawakan tajuk hangat 'Penswastaan Membunuh DBP?' Dukacita pihak kami memaklumkan program ini terpaksa dibatalkan atas beberapa sebab teknikal dan mempunyai kaitan rapat dengan ancaman keselamatan kepada negara serta mungkin melibatkan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika kami berdegil meneruskannya juga. Pihak sol-dadu dan Sindiket Sol-Jah dengan ini memohon maaf dan akan mengumumkan tarikh dan tempat baru untuk acara ini kelak.Sebarang kesulitan akibat pembatalan BISIKS 10 April 2010 (Sabtu) ini adalah amat dikesali.Sekian.
Muhammad Daniyal Abd Kadir
(Danielle Corleone)
sol-dadu.
Rabu, 7 April 2010
Khamis, 1 April 2010
Menjelang BISIKS 10 April 2010 (Mari berkenalan)



Ainon Mohd – Beliau merupakan penggiat dan aktivis Bahasa Melayu yang dihormati dan lantang memperjuangkan isu-isu berkaitan kepentingan Bahasa Melayu. Beliau adalah pengasas syarikat penerbitan prolifik, PTS dan sebelum itu pernah berkhidmat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dari 1973 hingga 1988. Sehingga kini beliau telah menghasilkan lebih daripada 30 buah buku di dalam bidang terjemahan, komunikasi, pemikiran lateral dan kreativiti.
Langgan:
Catatan (Atom)