Rabu, 7 April 2010

BISIKS! Dibatalkan.

Ini ada satu pengumuman penting! Perhatian kepada semua yang sudah pun bersedia, bercadang dan berkeinginan untuk turut serta dalam BISIKS yang membawakan tajuk hangat 'Penswastaan Membunuh DBP?' Dukacita pihak kami memaklumkan program ini terpaksa dibatalkan atas beberapa sebab teknikal dan mempunyai kaitan rapat dengan ancaman keselamatan kepada negara serta mungkin melibatkan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika kami berdegil meneruskannya juga. Pihak sol-dadu dan Sindiket Sol-Jah dengan ini memohon maaf dan akan mengumumkan tarikh dan tempat baru untuk acara ini kelak.Sebarang kesulitan akibat pembatalan BISIKS 10 April 2010 (Sabtu) ini adalah amat dikesali.Sekian.

Muhammad Daniyal Abd Kadir
(Danielle Corleone)
sol-dadu.

Khamis, 1 April 2010

Menjelang BISIKS 10 April 2010 (Mari berkenalan)

Muhammad Lutfi IshakSeorang penulis yang pernah menyertai Minggu Penulis Remaja 2000, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, cenderung kepada penulisan cerpen dan puisi, karya-karya beliau banyak tersiar di Dewan Sastera, Dewan Budaya, Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Al-Islam, Jelita dan juga beberapa penerbitan lain. Selain itu, Lutfi turut pernah memenangi Hadiah Sastera Utusan 2002 (Cerpen) dan menerima hadiah saguhati Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber 2003.



Dato’ Baha ZainNama sebenar beliau ialah Baharuddin Zainal. Beliau merupakan tokoh Bahasa Melayu dan sastera yang cukup disegani. Beliau pernah menjawat pelbagai jawatan di DBP termasuk Timbalan Ketua Pengarah DBP bermula dari tahun 1963 – 1984. Kini beliau menjawat jawatan sebagai Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA). Dato’ Baha turut aktif mewakili Malaysia dalam pelbagai persidangan antarabangsa berkaitan bahasa dan sastera. Beliau turut menerima Anugerah SEA Write oleh Kerajaan Thailand pada 1980. Buku-buku puisi beliau begitu mendapat tempat dihati penggemar sastera dan yang terbaru buku beliau bertajuk ”Menangguhkan Kebenaran dan Puisi-puisi Lain” telah diterjemahkan ke dalam bahasa Sepanyol.



Ainon MohdBeliau merupakan penggiat dan aktivis Bahasa Melayu yang dihormati dan lantang memperjuangkan isu-isu berkaitan kepentingan Bahasa Melayu. Beliau adalah pengasas syarikat penerbitan prolifik, PTS dan sebelum itu pernah berkhidmat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dari 1973 hingga 1988. Sehingga kini beliau telah menghasilkan lebih daripada 30 buah buku di dalam bidang terjemahan, komunikasi, pemikiran lateral dan kreativiti.

Jumaat, 26 Mac 2010

BISIKS - 10 April 2010 (Sabtu), Kedai Buku Koperasi DBP, 11 pagi hingga 12 tengahari!



Tuan-tuan, puan-puan, makcik-makcik, pakcik-pakcik, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik, mat-mat rempit, minah-minah shuffle, kaki-kaki buku, penggila sastera, penggiat seni, peminat apa sahaja yang berkaitan dengan sembang-sembang.

Anda semua dijemput hadir ke Kedai Buku Koperasi DBP pada 10 April 2010 (Sabtu) bermula jam 11 pagi bersama-sama dengan Saudara Muhammad Lutfi Ishak (Moderator), Dato' Baha Zain (Panelis) Puan Ainon Mohd (Panelis) bersembang santai tapi berisi dengan tajuk 'Penswastaan Membunuh DBP?'.

Datang awal dan penuhkan ruang yang kami sediakan. Jangan bimbang ada makan-makan dan yang paling penting pengunjung bisiks akan menikmati diskaun menarik untuk pembelian di Kedai Buku DBP.

Datang Beramai-ramai.

p/s:- Peta akan dinaikkan segera. Tunggu kemaskini dari kami. Terima kasih. :-)

Isnin, 15 Mac 2010

Seputar Bisiks I

Banner Bisiks terpampang megah
Adjust apa yang patut dan sembur minyak wangi
DBP pun ada keluar buku cerita hantu mau lawan sama itu Tamar JalisBanyak ni saja dibenarkan masuk sebab tempat tak cukup. Lagi 2,000 orang kena tahan di luar. Zhafir rempit pergi PWTC pinjam projektor. Wahyudi edarkan buku cerita pocong untuk tenangkan hadirin.
Jenderal Sol-jah tengah bincang masa depan dengan dua Sol-dadu
Ucapan perasmian daripada Tok Ketua Kedai Buku DBP [Danielle, tolong isi nama Tok Ketua di sini]. Baru dua minit Tok Ketua berucap, Naga dah ting tong.
Fadz mula
Ajami pangkah
Mat Jan kelam kabut (ulang sampai habis dua jam)Naga dan Danielle standby belakang takut ahli panel naik sheikh.
Brader Basri pula tak puas hati.Makan-makan. Rugi woo tak datang.
Brader ni cemas sebab tak ada duit kecik. Sekali hulur RM500 sekeping. Wahyudi turun gegar mamak Bucu simpang DBP sana minta duit pecah. Dengar kata mamak tu pukul 12 tengah hari dah tutup kedai.
Tak puas hati punya pasal. Forum sambung luar kedai. Masing-masing pung pang pung pang.

Rabu, 10 Mac 2010

Mari kenal sama itu panel Bisiks

Mat Jan
Menurut sumber, jejaka ini ialah seorang graduan undang-undang dan berpengetahuan luas dalam bidang editorial hasil pengalaman yang ditimba daripada sebuah syarikat buku tersohor tanah air.

Beliau adalah ahli Sol-jah, juga penulis dan blogger yang pernah mencetuskan histeria dalam kalangan pengguna internet sekitar awal 2000 lalu.

Biasanya apabila ditanya profil diri, Mat Jan akan menjawab, siapa tak kenal Mat Jan?


Fadli Al-Akiti
Fadli, atau lebih dikenali sebagai Fadz adalah penulis dan pengkritik filem serta drama tivi. Dengar kata Prof Razak Mohaideen pernah berniat mahu bersara daripada bidang perfileman gara-gara terkilan kerana saudara Fadz enggan mengulas filem-filem hebat beliau.


Ajami Hashim
Pengulas dan pengkritik seni, pengkhususan dalam bidang perfileman. Kalau kau jenis buka Astro Ria 24 jam, kau takkan perasan brader ni keluar tivi banyak kali. Sesiapa berbaik-baik dengan beliau berpeluang mendapat tiket free menonton wayang di One Utama.


**Gambar Fadz dan Ajami diambil dari blog masing-masing. Gambar Mat Jan diambil dari blog Maskara-Shorties

Mari ber-Bisiks ini Sabtu


Apakah itu Bisiks?

Bisiks adalah akronim kepada 'Bicara Sol-dadu dan Sindiket Sol-jah dan Kawan-Kawang yang Kita Suka', iaitu program forum atau bual bicara bagi membincangkan sesuatu topik secara santai.

Forum ini terbuka kepada semua warga dunia yang cintakan ilmu. Sebaliknya, mereka yang berniat mencetuskan keganasan seperti membawa kepala lembu atau membakar poster sangat tidak dialu-alukan.

Topik-topik yang dipilih adalah berdasarkan proses saringan ketat dengan mengambil kira faktor kesediaan dan kredibiliti ahli panel selain faktor keselamatan di lokasi forum. Justeru unit pemusnah bom Sol-dadu, diketuai Leftenan Jeneral Zhafir, sudah menempah alat pengesan bom buatan Republik Czech di pasaran gelap bagi menjamin keselamatan Bisiks.

"Hadirin tidak perlu khuatir datang ke Kedai Buku DBP. Saya akan letak jawatan jika keganasan berlaku," kata Zhafir, yakin.

Sementara itu, Presiden Sol-dadu, Danielle Corleone membayangkan akan menjemput Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bagi mencari perdamaian di Timur Tengah jika Bisiks diiktiraf PBB nanti.


Buku Tanpa ISBN: Cacat?

Sama seperti Bisiks, ISBN juga adalah akronim kepada International Standard Book Number, iaitu kod 10 atau 13 angka yang diperuntukkan kepada satu judul atau edisi buku yang diterbitkan oleh penerbit tertentu.

ISBN diperoleh dari Agensi ISBN Antarabangsa yang berpusat di London, tetapi, Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan ISBN di Malaysia mulai Ogos 1982. ISBN yang diperoleh hendaklah dicetak di belakang muka surat judul dan belakang kulit buku.

Kod ISBN menyimpan maklumat mengenai:
-Industri Buku (kod industri buku yang digunakan di peringkat antarabangsa)
-Identiti Kumpulan (identiti negara, kawasan geografi atau kumpulan penerbit)
-Identiti Penerbit (identiti penerbit di sesebuah negara atau kumpulan)
- Identiti Judul (identiti judul atau edisi buku yang diterbitkan oleh penerbit)
- Angka Kawalan

Persoalannya di sini,
Kalau sesebuah buku itu tiada ISBN, apakah ia cacat?
Kalau buku itu cacat, apakah manusia yang membacanya juga cacat?
Kalau manusia yang membaca buku tanpa ISBN itu cacat, apakah penulis buku Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah itu cacat kerana tidak mendaftar ISBN?
Apakah buku tanpa ISBN menjejaskan agenda 1Malaysia?
Serius, sampai sekarang hamba tidak mengetahui jawapannya. Sebab itu tuan hamba semua kena datang Bisiks. Apa ingat hamba main-main?

Rabu, 3 Mac 2010

Bisik's. 13 Mac 2010. Sabtu. Datang ya!

Kamu semua dijemput datang! :-)



Peta ke Kedai Buku DBP. Kalau masih tak faham contact kami melalui emel. soldadu.dadu@gmail.com/giga.rorqual16@gmail.com



atau hubungi 017-4703478