Rabu, 20 Januari 2010

Bengkel Penulisan Cerpen.

Ayuh Soldadu, kita daftar diri. Apa-apa kamu boleh hubung dengan aku. Terima kasih.

Salam hormat, AVA berhasrat mengadakan bengkel asas penulisan cerpen dan ia lebih menjurus pada asas, format dan segala yang paling asas dalam pembikinan cerpen. Tidak perlu menghantar sebarang cerpen untuk dibedah, hanya datang, duduk, dengar dan bertanya sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.

Untuk mendaftar, sila emel ejenmanuskrip@yahoo.com -

nama penuh
nombor untuk dihubungi

Pembimbing : Puan Nisah Hj Haron.
Tarikh : 11 April 2010 (Ahad)
Tempat : IYC, Cheras @ (Pusat Belia Antarabangsa, berhampiran dengan HUKM
Masa : 9.00 pagi - 5 petang
Bayaran : RM 50.00 sahaja

(a) Sijil disediakan.
(b) Makan minum tidak disediakan (bajet sendiri), ada kafetaria di situ.
(c) Kemudahan surau ada.
(d) Bayaran - sekurang-kurangnya dijelaskan dua minggu sebelum bengkel (disebabkan terdapat beberapa masalah berkenaan yuran pendaftaran sebelum ini, maka yuran pendaftaran terpaksa dijelaskan terlebih dahulu sebelum bengkel).
(e) Kepada mereka yang menarik diri di saat-saat akhir selepas membayar, hanya 50% sahaja duit akan dikembalikan. Bagi yang tidak memaklumkan AVA langsung, yuran pendaftaran dikira hangus.
(f) Bagi mereka yang mendaftar dan tidak membayar yuran, tidak akan dilayan sama sekali dan namanya tidak akan disenaraikan di blog sehinggalah menjelaskan yuran seperti dinyatakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan